EKSESAIS JERUNG EMAS (EJE) SIRI 66/2018

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Markas Angkatan Bersama, Angkatan Tentera Malaysia (MAB, ATM), Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) PETRONAS dan PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. – Sabah Assets (PCSB-SBA) telah mengadakan Seminar dan Tabletop Exercise (TTX) Eksesais Jerung Emas (EJE) Siri 66/2018 pada 27 hingga 29 November 2018 bertempat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah.

 

Eksesais ini bertujuan untuk menguji Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan–ERP) PCSB-SBA selaku operator Pelantar Minyak ERB West, Kota Kinabalu dan MPM-PETRONAS serta kesiapsiagaan dan tindak balas Kementerian/Jabatan/Agensi di bawah Arahan MKN No. 18: Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan (2002). Senario bagi TTX ini melibatkan ancaman keganasan yang berlaku di Sabah Oil & Gas Terminal (SOGT) di Papar, Sabah dan Pelantar Minyak ERB West serta Menara PETRONAS di Kota Kinabalu, Sabah.

 

Seramai 93 peserta daripada 29 Jabatan/Agensi Persekutuan dan Negeri Sabah telah terlibat dalam pelaksanaan eksesais ini. Majlis Perasmian Penutup EJE Siri 66/2018 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rodzi bin Md Saad, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan) MKN,JPM.

 

Gambar 1: Peserta EJE Siri 66/2018 bergambar kenangan

 

Gambar 2: Majlis Perasmian Penutup EJE Siri 66/2018 disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rodzi bin Md Saad, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan) MKN,JPM.

 

Gambar 3: Sesi TTX yang dikendalikan oleh moderator dari Markas Angkatan Bersama ATM

 

Gambar 4: Sesi TTX sedang berjalan

 

Gambar 5: Wakil PDRM menerangkan mengenai tindakan PDRM berdasarkan senario dan injection yang diberikan.

 

Gambar 6: Wakil APMM menerangkan mengenai tindakan APMM berdasarkan senario dan injection yang diberikan.

 

Gambar 7: YBhg. Datuk Zanuddian bin Haji Samsu Hadi, Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menyampaikan taklimat mengenai Peranan Pasukan Tindakbalas Krisis (CRT)

Sempena dengan Bulan Keselamatan Negara (BKN) bermula 1 hingga 31 Ogos 2019 ini mari lah kita seluruh rakyat Malaysia menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.  
Subuh 05:53
Syuruk 07:09
Zohor 13:19
Asar 16:32
Maghrib 19:24
Isyak 20:35