BENGKEL PENYEDIAAN PROSEDUR OPERASI STANDARD BAGI PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN KRISIS KEGANASAN DI ZON MARITIM MALAYSIA DI BAWAH ARAHAN MKN NO. 18

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) dengan kerjasama Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) PETRONAS telah mengadakan Bengkel Penyediaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Bagi Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan di Zon Maritim Malaysia di bawah Arahan MKN No. 18 pada 29 hingga 31 Januari 2019 bertempat di Bukit Fraser, Pahang Darul Makmur.

 

Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan mengenai keperluan untuk mewujudkan SOP Bersama bagi memastikan tindak balas Jabatan/Agensi berkaitan dan pihak industri bagi menangani krisis keganasan dapat dikoordinasikan dengan lebih efisien bagi melindungi aset-aset dan kepentingan negara di Zon Maritim Malaysia termasuk instalasi luar pesisir pantai (offshore) seperti pelantar minyak. Bengkel ini turut melibatkan penyertaan wakil daripada Agensi Kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Laut Malaysia serta pihak industri iaitu PETRONAS dan Westar Aviation Services (WAS). Majlis Perasmian Penutup Bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hamzah bin Ishak, Pengarah Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisis Negara, MKN, JPM.

 

Gambar 1: Peserta Bengkel bergambar kenangan

 

Gambar 2: Sesi Rumusan Hasil Bengkel dan Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisis Negara, MKN, JPM.

 

Gambar 3: Sesi perbincangan sedang berjalan.

 

Gambar 4: Sesi perbincangan sedang berjalan

Berdasarkan kepada situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menutup semua, 111 sekolah di daerah Pasir Gudang berkuatkuasa serta-merta pada 13 Mac 2019 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Subuh 06:01
Syuruk 07:15
Zohor 13:22
Asar 16:26
Maghrib 19:25
Isyak 20:34