Majlis Keselamatan Negara dengan sokongan CyberSecurity Malaysia telah menganjurkan satu siri Latih Amal Krisis Siber buat kali yang ketiga atau juga dikenali sebagai X-MAYA 3. Program ini merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan bagi mengukur tahap kesediaan agensi-agensi Critical National Information Infrastructure (CNII) dalam menghadapai serangan siber.
Rata-rata rakyat Malaysia menggunakan internet sama ada dalam melaksanakan tugasan harian mahupun untuk tujuan peribadi. Mengikut statistik, rakyat Malaysia merupakan antara pengguna internet utama di kalangan Negara-Negara Asean. Ini merupakan hasil pembangunan infrastruktur yang telah dipacu oleh kerajaan disamping program pendedahan terhadap penggunaan teknologi maklumat bagi mendidik warganegaranya supaya celik IT.
Kelebihan yang terdapat pada satelit ternyata memberikan faedah kepada kita semua dalam menjalani kehidupan harian. Siaran televisyen dan radio, jaringan telekomunikasi, penggunaan Global Positioning System (GPS) untuk panduan perantauan yang tepat serta penggunaan internet, kesemuanya menghubungkan manusia di antara satu sama lain walau di mana mereka berada.
Konsep HANRUH tidak hanya terbatas kepada isu-isu pertahanan atau pun unsur-unsur ketenteraan sahaja, tetapi ia juga sebagai elemen untuk menerapkan konsep keselamatan negara secara lebih meluas. Salah satu cara untuk mengaplikasikan HANRUH ini di dalam kehidupan masyarakat adalah dengan mengamalkan sikap ambil peduli.
Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri Aras LG & G, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya. E-mel : webmaster@mkn.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas dengan resolusi 1024x768.